Saturday, October 24, 2009

Majlis Hari Raya Anjuran Kompleks Bazaar MAINS, Seremban pada 18 Oktober 2009

Sempena bulan syawal 1430H, pihak pengurusan Kompleks Bazaar MAINS, Seremban telah mengadakan majlis hari raya aidil fitri bertempat di ruang legar bawah Bazaar Mains. Tujuan MAINS Holding menganjurkan majlis ini ialah untuk mempromosi dan memperkenalkan perniagaan yang terdapat di kompleks tersebut. Kompleks Bazaar MAINS yang terletak di tengah bandar Seremban ini telah beroperasi sejak 2005. Majlis ini juga bertujuan mengeratkan hubungan sesama peniaga serta pihak pengurusan.


Para hadirin khusuk menyaksikan persembahan peserta karaoke lagu raya


Sebahagian dari anak Yaumi kelihatan ceria sambil menikmati jamuan raya yang disediakan oleh penganjur

Majlis bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada 6.00 petang. Antara acara yang diadakan ialah pertandingan pakaian beragam dan pertandingan karaoke lagu-lagu raya. Hadirin juga dihidangkan dengan juadah hari raya seperti ketupat,lemang, rendang dan berbagai aneka kuih raya lagi.

Salah seorang dari anak Yaumi sedang mendendangkan lagu raya dengan penuh bergaya


Bila tiba waktu solat fardhu, anak-anak Yaumi dilatih untuk solat secara berjemaah. Walaupun sibuk mengambil bahagian dalam pertandingan, kewajipan kepada Allah swt lebih diutamakan.

Sehubungan dengan itu pihak YAUMI telah dijemput untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut. Seramai 50 orang peserta Yaumi telah hadir serta mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan. Kumpulan nasyid putera dan puteri Yaumi turut memeriahkan majlis dengan menyampaikan 6 buah lagu nasyid. Salah seorang putera Yaumi telah memenangi tempat ketiga pertandingan karaoke dan 4 orang mendapat hadiah saguhati.


Kumpulan nasyid putera Yaumi turut memeriahkan majlis dengan menyampaikan tiga lagu nasyid.


Diikuti dengan persembahan lagu nasyid oleh kumpulan nasyid puteri Yaumi

Di majlis itu juga seorang ahli perniagaan telah sudi menghulurkan sumbangan duit raya kepada anak-anak Yaumi. Pihak Yaumi mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MAINS Holding serta kepada para dermawan yang telah menghulurkan sumbangan.


Barisan pemenang pertandingan karaoke lagu raya bergambar sebagai kenangan diakhir majlis


Pengasas Yaumi Dr(H)Mahani menerima sumbangan duit raya dari encik Rahmat, tuan punya Restoren Warisan Hamim di majlis tersebut


Monday, October 5, 2009

Jamuan Hari Raya YAUMI pada 4/10/09.

Buat julung kalinya pihak Yaumi telah menganjurkan sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1430 Hijrah pada hari Ahad 4 Oktober 2009 bertempat di perkarangan Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Paroi, Seremban, NSDK. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk mengeratkan tali siratul rahim antara sukarelawan Yaumi, ahli keluarga serta masyarakat setempat.


Pengasas YAUMI Dr(H) Mahani menyampaikan ucapan alu-aluan pembuka majlis




Majlis bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang. Seramai 100 orang tetamu jemputan telah memeriahkan majlis tersebut. Majlis bermula dengan ucapan alu-aluan dari pengasas YAUMI iaitu yang berusaha Dr(H) Mahani atau lebih dikenali sebagai umi. Sebagai memeriahkan majlis anak-anak puteri yaumi telah mempersembahkan 3 buah nasyid iaitu Demi Matahari, Senandung Al Fatihah dan Sepohon Kayu. Kemudiannya anak-anak putera yaumi pula turut menyampaikan lagu nasyid Senandung Al Fatihah, Mana Milik Kita dan Selawat Nabi.


Kumpulan nasyid puteri Yaumi


Kumpulan nasyid Putera Yaumi


Puan Hajjah Bibi Hanambi selaku wakil dari Misbah Travel telah menyampaikan sedikit taklimat ringkas tentang perlaksanaan ibadah haji. Pihak Yaumi sedang berusaha mendapatkan dana untuk membawa 100 orang mengerjakan haji pada masa yang terdekat. Sasarannya ialah bagi mereka yang miskin dan tidak mampu mengadakan perbelanjaan sendiri. Ianya juga adalah lanjutan dari siri perjalanan para muhibbeen yang dianjurkan oleh Yaumi.


Puan Hajjah Bibi Hanambi(berjubah hitam) sedang menyampaikan taklimat tentang ibadah haji



Hadirin kusyuk mendengar taklimat haji


Selesai sesi ucapan, tepat jam 1.00 tengahari para hadirin telah dijemput menikmati jamuan yang disediakan. Antara menu hidangan ialah nasi minyak istimewa resepi hajjah Rahimah Tmn Bukti, agar-agar, kek, mee goreng, kuetiau goreng, biskut raya, nugget, sosej dan buah-buahan.


Masa yang ditunggu-tunggu! Hadirin tidak sabar mengambil makanan yang disediakan



Para jemputan sedang menikmati hidangan


Pihak Yaumi mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu yang hadir. Tidak lupa kepada para dermawan yang sudi menghulurkan bantuan peralatan serta sumbangan makanan dan minuman bagi menjayakan majlis yang mulia ini.

Saturday, August 22, 2009

Majlis Berbuka Puasa Dan Solat Terawih Di Hotel Sri Klawang

Pada 22 Ogos 2009, pihak YAUMI telah diundang ke majlis berbuka puasa dan bersolat terawih di Hotel Sri Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan. Rombongan kami seramai 88 orang terdiri dari anak yatim, anak asnaf, ibu tunggal serta para sukarelawan YAUMI telah bertolak dari Pangsapuri Rakyat Seri Perdana,Paroi pada jam 4.30 petang. Rombongan kami kali ini datang dari berbagai tempat iaitu dari Rembau, Bayu Lake Mantin, pelajar tahfiz kuartez KLIA serta sekitar Seremban.

Setelah berhenti solat asar berjemaah di masjid Kg Tembun, Kuala Klawang, perjalan
an diteruskan lagi dan tiba di perkarangan Hotel Sri Klawang pada jam 6.00 petang. Ketibaan kami disambut oleh pengarah urusan Hotel Sri Klawang iaitu encik Shaiful Bahri Dato' Saidin serta kaki-tangan hotel.


Peserta YAUMI membaca surah yasin dan tahlil dipimpin oleh ustaz Rashid dari Seremban

Sementara menunggu waktu berbuka puasa, majlis diisi dengan membaca yasin dan tahlil dibawah pimpinan ustaz Rashid.Setelah tiba waktu berbuka para peserta rombongan YAUMI beratur dengan tertib untuk mengambil juadah berbuka. Keceriaan dan kegembiraan jelas terserlah diwajah anak-anak yatim/miskin bila sesekali dapat menikmati juadah yang lazat.


Anak yatim dan ibu tunggal kelihatan ceria menikmati hidangan berbuka puasa

Majlis diteruskan dengan solat maghrib berjemaah. Begitu cepat masa berlalu, azan dialunkan oleh salah seorang pelajar tahfiz An Najihah menandakan masuknya waktu solat Isyak. Solat Isyak dan terawih serta witir telah dipimpin oleh ustaz Salman dari maahad tahfiz An Najihah. Sebelum rombongan berangkat balik pihak pengurusan hotel serta Dr Norman Mohd Norawi dari Melaka telah sudi menyampaikan cendera hati kepada peserta YAUMI.


Solat terawih bersama-sama tetamu dan kaki-tangan hotel diimamkan oleh ustaz Salman dari Maahad Tahfiz An Najihah


Dr Norman Mohd Norawi dari Melaka menyampaikan cenderahati kepada anak yatim dan miskin yang ikut serta

Encik Shaiful Bahri Dato' Saidin selaku pengarah urusan hotel menyampaikan cenderahati kepada peserta

Pihak YAUMI mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak hotel yang sudi meraikan anak-anak yatim dan miskin serta ibu tunggal ke majlis berbuka puasa. Kami amat mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin menjemput kami ke majlis berbuka puasa serta majlis hari raya aidil fitri.
Semoga dengan niat kita mengembirakan mereka dibulan yang mulia ini akan dibalas Allah dengan balasan syurga di akhirat kelak.



Friday, July 3, 2009

Perjalanan Para Muhibbeen Ke Seluruh Nusantara 3

Sesi perdaftaran para muhibbeen/sukarelawan YAUMI pada 11 Jun 2009 untuk perjalanan ke Acheh


Kelihatan salah seorang sukarelawan YAUMI sedang sibuk mendaftar
rombongan ibu tunggal dari Bahau, N.Sembilan

Setelah melakukan perjalanan ke Singapura dan diikuti ke Langkawi, perjalanan para muhibbeen diteruskan lagi. Destinasi kali ini ialah ke daerah yang suatu masa dulu pernah diuji Allah dengan bencana dahsyat tsunami iaitu ke Banda Acheh. Pihak YAUMI pada asalnya merancang untuk bertolak ke Acheh pada 26 Jun 2009, namun ianya terpaksa ditunda disebabkan oleh beberapa masalah teknikal termasuklah masalah tiket kapal terbang.



Suasana meriah di hari pendaftaran yang di adakan di tingkat atas Bazaar MAINS, Seremban

Lebih dari 120 orang telah mendaftar untuk perjalanan ke Acheh kali ini. Pihak YAUMI seboleh-bolehnya ingin membawa kesemua para muhibbeen yang telah mendaftar, walau bagai manapun ia bergantung kepada kekosongan tempat duduk dalam kapal terbang serta kedudukan logistik yang lain. Tarikh baru yang dirancang ialah pada hujung bulan Julai ini. Kita merancang Allah jua yang menentukannya.

Sunday, June 7, 2009

Perjalanan Para Muhibbeen Ke Seluruh Nusantara 2

Bukit batu kapur menyerupai seekor penyu....uniknya ciptaan Allah Ya Musowwir


Ahli rombongan kelihatan ceria setiba di jeti Kuah

Perjalanan para Muhibbeen diteruskan lagi. Destinasi pilihan kali ini ialah ke pulau lagenda Langkawi. Pada asalnya kami merancang untuk melawat pusat mengajian pondok di Selatan Thai, namun memandangkan keadaan disana masih bergolak maka destinasi telah ditukar ke Pulau Langkawi.

Sebahagian dari anak yatim bermesra dengan ikan pari dalam takungan

Rombongan seramai 80 orang menaiki 2 buah bas bertolak dari PRSP. Seremban pada 8 Mei 2009, jam 10.00 malam. Tiba di jeti Kuala Perlis pada esoknya. Kami mengambil kesempatan untuk melawat Langkawi Geopark. Bila melihat keindahan alam disini terasa kehebatan Allah swt yang Maha Pencipta dan Maha Indah. Para peserta rombongan diingatkan agar
sentiasa berzikir kepada Allah Swt dengan menyebut-nyebut kalimah Asma Al husna. Pandangan mata melihat keindahan alam maya ini terus meresap kedalam hati sanubari betapa hebatnya Allah.

Ahli rombongan bergambar sebelum menaiki feri di Kuala Perlis

Di sepanjang perjalanan ini, umi sentiasa mengisi masa terluang dengan memberi tarbiyah, berzikir, bernasyid dan bermuzakarah bersama peserta. Umi sangat berharap agar para peserta dapat meneruskan usaha-usaha murni ini yakni mengajak masyarakat kearah membesarkan Allah Swt serta sentiasa mencintai rasulullah dengan menghidupkan sunnahnya.

Rasulullah sangat mengasihi anak-anak yatim dan miskin. Kebajikan para ibu tunggal sangat dijaga sehingga mereka sedikitpun tidak merasa disisih.

Monday, May 25, 2009

Menghadiri Majlis Hari Raya Anjuran Umno Bandar Seremban Pada 31/10/08





Pada 31 Oktober 2008, Yaumi telah diundang untuk memeriahkan jamuan hari raya dan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal yang dianjurkan oleh pihak Umno cawangan bandar Seremban. Pihak yaumi telah menghantar seramai 15 orang anak yatim, 10 orang anak asnaf  dan 8 orang ibu tunggal menghadiri majlis tersebut.

Selain Yaumi, turut diraikan juga anak-anak yatim dari pertubuhan lain di sekitar daerah Seremban. Majlis yang berlangsung di dewan MPS, Seremban itu bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang. Anak-anak yatim kelihatan ceria setelah menikmati jamuan yang lazat serta menerima hadiah cenderahati dari pihak penganjur.

Saturday, May 23, 2009

Bengkel Keusahawanan "Tip & Trick" Usahawan Berjaya, Di Kuantan Pada 23-24 Disember 2008


Tujuan bengkel ini diadakan ialah ntuk mendedahkan peserta mengenai ilmu pengurusan perniagaan dan keusahawanan khususnya di sektor pembuatan makanan. Peserta terdiri dari 10 orang ibu tunggal, 23 orang anak-anak yatim dan 15 orang anak-anak asnaf yang mewakili keluarga masing-masing.



Pada awalnya bengkel ini dirancang diadakan di salah satu dewan kuliah Universiti Malaysia Pahang tetapi disebabkan masalah teknikal ianya telah di pindahkan ke dewan PASTI As Saadah, Kg Razali, Bt 4, Jalan Gambang, Kuantan.

Rombongan bertolak dari perkarangan Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi pada jam 12.30am dan tiba di Kuantan lebih kurang jam 5.00am. Setelah selesai solat subuh berjemaah di masjid Kg Paya Lebar.



Program bermula pada jam 9.00 pagi. Puan Mahsuri dari Perusahaan Azan Sdn Bhd,(Tuan punya Roti Azan) Kuala Pilah telah menyampaikan kuliah mengenai selok-belok pengurusan dalam perniagaan. Berhenti makan tengahari dan solat zohor pada jam 12.30pm. Kuliah disambung lagi sehingga jam 5.00pm.



Pada malamnya kami telah menginap di sebuah asrama di Taman Indera Mahkota Kuantan. Besoknya pada 9.00 pagi puan Mahsuri menyampaikan kuliah mengenai dana yang disediakan oleh pihak kerajaan kepada usahawan. Kuliah yang disampaikan menggunakan pendekatan multimedia sungguh mudah difahami.

Kursus tamat jam 12.30 pm, kami menaiki bas untuk pulang ke Seremban. Disepanjang perjalanan(dalam bas) diisi dengan tarbiyah oleh Dr(H) Mahani sambil diselang-seli dengan alunan nasyid dan selawat. Pihak YAUMI merakamkan ribuan terima kepada Prof Madya Wan Maseri dari UMP, Kuantan(yang juga selaku pengurus 3i Training & Consultant) yang sudi menyumbang makan-minum dan penginapan peserta.