Saturday, October 24, 2009

Majlis Hari Raya Anjuran Kompleks Bazaar MAINS, Seremban pada 18 Oktober 2009

Sempena bulan syawal 1430H, pihak pengurusan Kompleks Bazaar MAINS, Seremban telah mengadakan majlis hari raya aidil fitri bertempat di ruang legar bawah Bazaar Mains. Tujuan MAINS Holding menganjurkan majlis ini ialah untuk mempromosi dan memperkenalkan perniagaan yang terdapat di kompleks tersebut. Kompleks Bazaar MAINS yang terletak di tengah bandar Seremban ini telah beroperasi sejak 2005. Majlis ini juga bertujuan mengeratkan hubungan sesama peniaga serta pihak pengurusan.


Para hadirin khusuk menyaksikan persembahan peserta karaoke lagu raya


Sebahagian dari anak Yaumi kelihatan ceria sambil menikmati jamuan raya yang disediakan oleh penganjur

Majlis bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada 6.00 petang. Antara acara yang diadakan ialah pertandingan pakaian beragam dan pertandingan karaoke lagu-lagu raya. Hadirin juga dihidangkan dengan juadah hari raya seperti ketupat,lemang, rendang dan berbagai aneka kuih raya lagi.

Salah seorang dari anak Yaumi sedang mendendangkan lagu raya dengan penuh bergaya


Bila tiba waktu solat fardhu, anak-anak Yaumi dilatih untuk solat secara berjemaah. Walaupun sibuk mengambil bahagian dalam pertandingan, kewajipan kepada Allah swt lebih diutamakan.

Sehubungan dengan itu pihak YAUMI telah dijemput untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut. Seramai 50 orang peserta Yaumi telah hadir serta mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan. Kumpulan nasyid putera dan puteri Yaumi turut memeriahkan majlis dengan menyampaikan 6 buah lagu nasyid. Salah seorang putera Yaumi telah memenangi tempat ketiga pertandingan karaoke dan 4 orang mendapat hadiah saguhati.


Kumpulan nasyid putera Yaumi turut memeriahkan majlis dengan menyampaikan tiga lagu nasyid.


Diikuti dengan persembahan lagu nasyid oleh kumpulan nasyid puteri Yaumi

Di majlis itu juga seorang ahli perniagaan telah sudi menghulurkan sumbangan duit raya kepada anak-anak Yaumi. Pihak Yaumi mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MAINS Holding serta kepada para dermawan yang telah menghulurkan sumbangan.


Barisan pemenang pertandingan karaoke lagu raya bergambar sebagai kenangan diakhir majlis


Pengasas Yaumi Dr(H)Mahani menerima sumbangan duit raya dari encik Rahmat, tuan punya Restoren Warisan Hamim di majlis tersebut


1 comment:

  1. Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi kami di goldman999.9@hotmail.com.

    Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

    Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

    Terima kasih.

    ReplyDelete