Monday, October 5, 2009

Jamuan Hari Raya YAUMI pada 4/10/09.

Buat julung kalinya pihak Yaumi telah menganjurkan sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1430 Hijrah pada hari Ahad 4 Oktober 2009 bertempat di perkarangan Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Paroi, Seremban, NSDK. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk mengeratkan tali siratul rahim antara sukarelawan Yaumi, ahli keluarga serta masyarakat setempat.


Pengasas YAUMI Dr(H) Mahani menyampaikan ucapan alu-aluan pembuka majlis




Majlis bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang. Seramai 100 orang tetamu jemputan telah memeriahkan majlis tersebut. Majlis bermula dengan ucapan alu-aluan dari pengasas YAUMI iaitu yang berusaha Dr(H) Mahani atau lebih dikenali sebagai umi. Sebagai memeriahkan majlis anak-anak puteri yaumi telah mempersembahkan 3 buah nasyid iaitu Demi Matahari, Senandung Al Fatihah dan Sepohon Kayu. Kemudiannya anak-anak putera yaumi pula turut menyampaikan lagu nasyid Senandung Al Fatihah, Mana Milik Kita dan Selawat Nabi.


Kumpulan nasyid puteri Yaumi


Kumpulan nasyid Putera Yaumi


Puan Hajjah Bibi Hanambi selaku wakil dari Misbah Travel telah menyampaikan sedikit taklimat ringkas tentang perlaksanaan ibadah haji. Pihak Yaumi sedang berusaha mendapatkan dana untuk membawa 100 orang mengerjakan haji pada masa yang terdekat. Sasarannya ialah bagi mereka yang miskin dan tidak mampu mengadakan perbelanjaan sendiri. Ianya juga adalah lanjutan dari siri perjalanan para muhibbeen yang dianjurkan oleh Yaumi.


Puan Hajjah Bibi Hanambi(berjubah hitam) sedang menyampaikan taklimat tentang ibadah haji



Hadirin kusyuk mendengar taklimat haji


Selesai sesi ucapan, tepat jam 1.00 tengahari para hadirin telah dijemput menikmati jamuan yang disediakan. Antara menu hidangan ialah nasi minyak istimewa resepi hajjah Rahimah Tmn Bukti, agar-agar, kek, mee goreng, kuetiau goreng, biskut raya, nugget, sosej dan buah-buahan.


Masa yang ditunggu-tunggu! Hadirin tidak sabar mengambil makanan yang disediakan



Para jemputan sedang menikmati hidangan


Pihak Yaumi mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu yang hadir. Tidak lupa kepada para dermawan yang sudi menghulurkan bantuan peralatan serta sumbangan makanan dan minuman bagi menjayakan majlis yang mulia ini.

No comments:

Post a Comment