Saturday, May 23, 2009

Bengkel Keusahawanan "Tip & Trick" Usahawan Berjaya, Di Kuantan Pada 23-24 Disember 2008


Tujuan bengkel ini diadakan ialah ntuk mendedahkan peserta mengenai ilmu pengurusan perniagaan dan keusahawanan khususnya di sektor pembuatan makanan. Peserta terdiri dari 10 orang ibu tunggal, 23 orang anak-anak yatim dan 15 orang anak-anak asnaf yang mewakili keluarga masing-masing.



Pada awalnya bengkel ini dirancang diadakan di salah satu dewan kuliah Universiti Malaysia Pahang tetapi disebabkan masalah teknikal ianya telah di pindahkan ke dewan PASTI As Saadah, Kg Razali, Bt 4, Jalan Gambang, Kuantan.

Rombongan bertolak dari perkarangan Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi pada jam 12.30am dan tiba di Kuantan lebih kurang jam 5.00am. Setelah selesai solat subuh berjemaah di masjid Kg Paya Lebar.



Program bermula pada jam 9.00 pagi. Puan Mahsuri dari Perusahaan Azan Sdn Bhd,(Tuan punya Roti Azan) Kuala Pilah telah menyampaikan kuliah mengenai selok-belok pengurusan dalam perniagaan. Berhenti makan tengahari dan solat zohor pada jam 12.30pm. Kuliah disambung lagi sehingga jam 5.00pm.



Pada malamnya kami telah menginap di sebuah asrama di Taman Indera Mahkota Kuantan. Besoknya pada 9.00 pagi puan Mahsuri menyampaikan kuliah mengenai dana yang disediakan oleh pihak kerajaan kepada usahawan. Kuliah yang disampaikan menggunakan pendekatan multimedia sungguh mudah difahami.

Kursus tamat jam 12.30 pm, kami menaiki bas untuk pulang ke Seremban. Disepanjang perjalanan(dalam bas) diisi dengan tarbiyah oleh Dr(H) Mahani sambil diselang-seli dengan alunan nasyid dan selawat. Pihak YAUMI merakamkan ribuan terima kepada Prof Madya Wan Maseri dari UMP, Kuantan(yang juga selaku pengurus 3i Training & Consultant) yang sudi menyumbang makan-minum dan penginapan peserta.

No comments:

Post a Comment