Friday, November 9, 2012

Rumah Terbuka Aidil Fitri Yaumi

Alhamdulillah dengan izin Allah swt jua pada 23 September 2012 pihak Yaumi telah mengadakan majlis hari terbuka aidil fitri. Tujuan majlis ini diadakan ialah untuk mengiratkan perpaduan sesama sukarelawan Yaumi, ibu bapa anak-anak Yaumi dan juga sesama putera-puteri Yaumi. Kali terakhir Yaumi mengadakan rumah terbuka ialah pada tahun 2009. Selepas itu disebabkan kekurangan kewangan tiada lagi majlis seperti ini dapat diadakan.

Bersyukur kepada Allah swt kerana pada raya tahun ini ada dermawan yang sudi menghulurkan sumbangan dua ekor kambing. Seekor dibuat lauk kuzi kambing manakala seekor lagi dibuat kambing bakar. Menu lain ialah ayam goreng sambal, meehun, sayur kobis, nasi putih dan nasi minyak. Manakala kuih muih dibawa dari rumah masing-masing. Penyediaan makanan dibuat secara bergotong-royong. Kami berterima kasih kepada Mak Nani yang sudi meminjamkan peralatan memasak dan menjadikan rumah beliau sebagai tempat memasak.

Majlis bermula pada jam 11.30 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. Seramai 200 orang tetamu telah hadir memeriahkan rumah terbuka ini. Antara tetamu yang hadir ialan YB Mohd Taufek Ghani Adun Paroi. Kami Yaumi sebagai NGO yang mengamalkan sikap neutral dalam hal-hal politik. Sesiapa saja boleh hadir samada dari pihak kerajaaan maupun dari pihak pembangkang. Tujuan kami jelas iaitu untuk membantu orang-orang miskin, anak yatim miskin, ibu-ibu tunggal, warga emas serta OKU yang memerlukan bantuan tanpa mengira warna politik maupun bangsa keturunan.


Para tetamu sedang menikmati jamuan yang disediakan

Antara menu yang disediakan, kuzi kambing,ayam sambal, meehun dll

Menu istimewa yang menjadi rebutan....kambing bakar! Sekejap je dah tinggal tulang.

Umi sibuk melayan para tetamu menjamu selera

Semangat bergotong royong dan bertolong bantu sentiasa disemai kepada anak-anak Yaumi

Antara cenderahati yang disumbangkan oleh para dermawan





Anak-anak Yaumi sedang mendendangkan nasyid


Bertanya kabar YB Taufek dan pembantunya saudara Hassan


Bergambar kenangan bersama YB Taufek Adun Paroi


No comments:

Post a Comment