Monday, November 12, 2012

Berhari Raya Di Rumah Terbuka Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib di Putrajaya

Setelah sebulan berpuasa dibulan ramadhan yang mulia, siangnya menahan lapar dan dahaga, menjaga mulut, mata dan telinga, malamnya pula dihidupkan dengan solat terawih, solat witir, bertahajud dan bangun sahur maka kini tibalah pula hari yang bahagia, hari untuk bergembira menyambut 1 syawal yakni hari raya aidil fitri. Alhamdulillah tahun ini ada syarikat korporat iaitu Axiata Group Berhad telah bermurah hati memberi sumbangan kepada pihak Yaumi untuk membeli pakaian hari raya. Pihak Yaumi telah membeli 50 pasang baju raya untuk putera dan putera Yaumi, 10 pasang jubah raya ibu tunggal dan 3 orang warga emas serta 7 pasang baju raya untuk sukarelawan Yaumi. Disamping itu ada juga individu tertentu yang memberi sumbangan sempena bulan ramadhan ini.

Kebiasaannya bila tiba hari raya orang ramai akan berduyun-duyun pulang kekampung halaman  untuk menyambut hari lebaran bersama kaum keluarga masing-masing. Namun tidak semua yang bernasib baik seperti kebanyakkan orang, ada juga yang tidak dapat pulang kekampung walaupun hati meronta-ronta untuk pulang dek kerana kemiskinan. Perbelanjaan pulang kekampung bukannya sedikit maka ada yang memilih untuk tinggal dirumah sahaja menyambut hari raya bersama orang-orang yang senasib dengan mereka yang tidak dapat pulang beraya di kampung. Untuk menghiburkan  mereka ini pihak Yaumi telah mengadakan rombongan berhari raya di rumah terbuka YAB Perdana Menteri di Putrajaya.

Rombongan kami menaiki bas sewa khas menuju ke Putrajaya pada jam 10.30 pagi dan tiba di perkarangan kediaman rasmi PM sejam kemudian. Kami terus memasuki barisan untuk bersalaman dengan PM, setelah hampir sejam berasak-asak dibawah khemah yang sesak dan panas namun kami tidak bernasib baik kerana dimasa itu PM sedang mengadakan sidang video dengan rakyat malaysia yang berada di luar negara. Melihatkan putera-puteri Yaumi yang masih kecil dalam kepenatan dan dahaga maka kami mengambil keputusan untuk terus sahaja ke khemah jamuan. Sambil menikmati pelbagai juadah makanan dan minuman yang disediakan kami juga dihiburkan dengan persembahan artis-artis tempatan. Setelah puas menjamu selera dan berhibur maka kami pun bergerak pulang. Kami sempat menunaikan solat zohor di masjid Putra, Putrajaya.


Kami tiba di perkarangan rumah YAB Perdana Menteri

Berbaris panjang dan bersesak-sesak semata-mata mahu jumpa dan salam PM

Penat berbaris, jom kita pergi makan!

Teruja dapat tengok artis pujaan buat persembahan live dari dekat

Bersama PM, Datin Rosmah, Tun Mahathir, Tun Siti Hasmah
dan  para menterikabinet menyanyikan lagu Selamat Hari Raya


Sebahagian dari artis yang menghiburkan tetamu di di rumah terbuka PM

Dah kenyang dan dapat cendera hati....apa lagi senyum meleretlah anak Yaumi


DR(H) Ruslan memberi sedikit duit raya

Umi memberi duit raya sambil mengingatkan anak Yaumi agar
mereka menabung dan tidak boros berbelanja

No comments:

Post a Comment