Pada 8hb Ogos 2012 bersamaan dengan 20 ramadhan 1433H pihak pegurusan Restoren Teratai yang terletak di Seremban 2 telah sudi meraikan anak-anak Yaumi dengan jamuan berbuka puasa. Pengurus restoren tersebut iaitu encik Kamar Azman amat perihatin kepada golongan miskin dan ibu tunggal. Beliau telah menyatakan hasrat beliau untuk meraikan golongan miskin ini kepada seorang kawan karibnya iaitu encik Idris Said yang juga salah seorang kenalan pengasas Yaumi Dr(H) Mahani. Lantas encik Idris yang menjalankan perniagaan menyewa peralatan PA sistem dan juga selaku 'event organiser' menghubungi umi untuk menampaikan hasrat kawan baik itu.Bagai pucuk dicita ulam mendatang, tawaran itu disambut dengan rasa
penuh kesyukuran oleh pihak Yaumi. Lalu pada jam 5.00pm sebuah bas telah
datang ke Pangsapuri Seri Perdana untuk menjemput kami.
|
Umi memulakan majlis dengan ucapan alu-aluan dan nasihat kepada
anak-anak Yaumi dan para hadirin
|
|
Encik Idris memimpin bacaan selawat dan zikir istighfar bersama hadirin
sementara menunggu masuk waktu berbuka
|
|
|
|
Puan Zana selaku sukarelawan Yaumi membantu meyeduk nasi
kepada anak-anak Yaumi
|
|
|
|
|
Ahli AJK surau berdekatan juga dijemput untuk bersama-sama
berbuka puasa di majlis tersebut | | |
|
Puan Seti Maimunah melayan remaja puteri Yaumi menikmati hidangan |
|
|
|
Dari kanan: Encik Idris, Dr(H)Ruslan dan Encik Kamar Azman |
|
Solat Maghrib di surau berdekatan dengan Restoren Teratai |
|
Putera-puteri Yaumi menghiburkan para hadirin dengan mengalunkan 3 buah nasyid |
Majlis
dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Dr(H)Mahani. Beliau mengajak para
hadirin untuk sama-sama meningkatkan takwa kepada Allah swt dan
membanyakkan amalan ibadah terutamanya bersedekah kerana dibulan
ramadhan ini Allah akan menggandakan pahala orang-orang yang beribadah
dengan berlipat kali ganda berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
Seterusnya majlis diisi dengan bacaan selawat keatas nabi saw serta
zikir istighfar yang dipimpin oleh encik Idris. Selepas berbuka, solat
maghrib berjemaah di surau berdekatan para hadirin dihiburkan dengan
alunan tiga buah nasyid oleh putera-puteri Yaumi. Pihak Yaumi
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengurus restoren encik Kamar
Azman diatas kesudian beliau untuk menundang kami semua.
|
Anak-anak putera Yaumi bersalaman dengan encik KamarAzman sebelum pulang |
|
"A thorn among the roses" Para sukarelawan Yaumi ceria bergambar bersama encik KamarAzman |
|
Bergambar beramai-ramai sebelum naik bas untuk balik kerumah |
No comments:
Post a Comment