Monday, May 17, 2010

Mengikuti Majlis Renungan dan Ceramah Anjuran ESQ Training

Pada 5 September 2009 bersamaan dengan 15 ramadhan 1430 Hijrah seramai 40 orang ahli Yaumi yang terdiri dari 12 orang dewasa dan 28 orang remaja telah menghadiri majlis renungan ESQ Training yang telah diadakan di dewan utama Menara MATRADE, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Majlis bermula pada jam 5.00 petang dimana para remaja yaumi telah diberi peluang untuk mengikuti training ESQ Teens manakala anak-anak Yaumi yang berumur 12 tahun kebawah pula mengikuti training ESQ Kids di dewan kursus yang berasingan.
Setelah masuk waktu maghrib para remaja yaumi berbuka puasa bersama peserta kursus dan trainer dan diikuti dengan solat maghrib berjemaah.

Setelah selesai solat Isyak dan solat terawih yang dipimpin oleh seorang imam jemputan khas, majlis diteruskan dengan tazkirah ramadhan yang telah disampaikan oleh YB Dato' Hj Zainal Abidin Hj Sakom(Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan). Di ikuti oleh majlis renungan yang disampaikan oleh Trainer ESQ.




Remaja lelaki Yaumi khusuk mendengar ceramah yang disampaikan
Ust Hanafi yang dijemput khas oleh pihak ESQ.





Para remaja kelihatan ceria dan bersemangat dalam mengikuti
setiap gerak laku yang dilakukan oleh trainer ESQ



Remaja wanita Yaumi juga berpeluang untuk 'merasai' suasana training ESQ teens.



Waktu berbuka tiba.... anak-anak Yaumi berbuka puasa bersama abang ATS esq



Selesai solat maghrib, anak-anak Yaumi diraikan dengan
jamuan lazat oleh pihak ESQ




Telah menjadi budaya dalam ESQ training sebelum program bermula para peserta
akan bersalam secara 'salam semut' untuk mengeratkan ukhuwah sesama peserta.



Para hadirin sedang khusuk mendengar tazkirah ramadhan yang disampaikan
oleh penceramah jemputan esq iaitu YB Dato' Hj Zainal Abidin Hj Sakom.

5 comments:

  1. Salam Dr,

    Suatu usaha yg sgt murni..Tahniah! di manakah lokasi YAUMI?

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana sudi bertandang ke blog kami. Sebahagian besar anak-anak Yaumi tinggal di Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Paroi,70400 Seremban,N.Sembilan.

    ReplyDelete
  3. memohon jadi ahli sukarelawan
    nor asyrah binti othman
    900928085958
    n0.4395,jln sj 4/2b,
    tmn seremban jaya,
    70450 seremban,
    negeri sembilan.
    0173038629

    ReplyDelete
  4. memohon jadi ahli sukarelawan
    sharifah nurul farahana bte syed muhammad kamil ariffin
    900302145648
    4674 jln sj 4/4,
    tmn seremban jaya,
    70450 seremban
    negeri sembilan.
    setiausaha/kerani am (pekesim malaysia)

    ReplyDelete
  5. memohon jadi ahli sukarelawan
    nor asyrah binti othman
    900928085958
    n0.4395,jln sj 4/2b,
    tmn seremban jaya,
    70450 seremban,
    negeri sembilan.
    0173038629
    kerani am(pekesim malaysia)

    ReplyDelete