Saturday, May 16, 2009

Sejarah Penubuhan YAUMI

Setelah bertahun lamanya Umi dan kawan-kawan sukarelawan memberi khidmat masyarakat di merata tempat di Malaysia dan di Luar Negara secara sukarela maka sampai masanya kita menubuhkan satu badan untuk dapat menghimpunkan tenaga sukarelawan dalam satu organisasi yang tersusun agar kita dapat meneruskan khidmat masyarakat dengan lebih berkesan.

Untuk itu pada 19 hb September 2008, jam 10 pagi, seramai 50 orang terdiri dari ibu tunggal/balu/warga emas dan anak-anak yatim telah bermesyuarat untuk menubuhkan sebuah organisasi yang kemudiannya telah dinamakan sebagai Yayasan Kebajikan Anak Fakir Miskin, Ibu Tunggal Dan Wargaemas UMI (YAUMI). Bertempat di Kelas KEMAS Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi 70400 Seremban, Negeri Sembilan Darul khusus.

Mesyuarat kali pertama telah dirasmikan oleh Puan Hjh Norsah bt Hj Siman iaitu isteri kepada Tuan Pengarah Kastam Diraja Malaysia Negeri Sembilan Darul Khusus. Beliau yang telah berpengalaman menjalankan khidmat masyarakat di kalangan stafnya yang ramai di quarters kediaman dan penduduk setempat. Dalam mesyuarat tersebut Dr(H) Mahani Bt Mohamad Noor atau lebih dikenali sebagai Pn Umi telah dilantik selaku Pengerusi dan Puan Hjh Norsah Selaku Penasihat.

No comments: