Pada hari raya haji 1433 Hijrah yang lalu pihak Yaumi
telah mengadakan majlis korban lembu dengan
kerjasama pihak KRT Taman Intan Duyung, Port Dickson. Kami bertolak dari
Paroi pada jam 4.30 pm pada hari raya haji yang pertama. Kedatangan kami telah disambut
oleh Pak Din iaitu salah seorang AJK KRT Taman tersebut. Kami ditempatkan di
Sekolah Agama Taman Dato Abd Samad dimana pihak KRT Taman telah menyediakan tempat penginapan untuk kami semua manakala tempat makan adalah diruangan makan surau Taman Dato Abd Samad. Oleh kerana Taman Intan Duyung masih tidak mempunyai surau dan terletak bersebelahan dengan Taman Dato abd Samad maka untuk aktiviti Solat berjemaah penduduk menumpang di surau tersebut.
Setelah solat maghrib kami mengikuti ceramah agama yang disampaikan oleh al fadhil ustaz syukri dimana beliau telah menyampaikan ceramah berkenaan pengobanan nabi Ibrahim dan anak baginda nabi Ismail. Setelah solat Isyak suatu majlis taaruf ringkas telah diadakan dimana pihak KRT Taman Intan duyung telah memperkenalkan barisan ajk dan menerangkan aktiviti yang telah diadakan. Manakala pihak Yaumi diwakili oleh Dr(H) Mahani. Esoknya setelah solat subuh kami mengadakan riadah untuk mengelakkan dari anak-anak Yaumi tidur. Seterusnya setelah sarapan yang disediakan oleh penduduk Taman tersebut maka bermulakan program korban dimana seekor lembu yang diamanahkan oleh para dermawan kepada Yaumi. Sementara menunggu penduduk melapah dan memasak daging korban anak-anak Yaumi telah membuat program "tunjuk bakat anda" serta pertandingan nasyid disurau.
Setelah makan tengah hari maka berakhirlan program bersama penduduk Taman intan duyung. Untuk menggembirakan hati anak-anak Yaumi, pak din telah bermurah hati menaja segala permainan ketika kami mandi dipantai Batu 4 Port Dickson. Amat terserlah kegembiraan diwajah anak-anak yaumi dapat naik bot, jet ski, bot pisang dan pelampung ketika mandi-manda dipantai tersebut.

Balairaya Taman Intan Duyung, Port Dickson
Sesi taaruf bersama AJK KRT Taman Intan
Duyung, AJK Yaumi dan penduduk setempat
Anak-anak Yaumi bersolat jemaah maghrib bersama
penduduk tempatan
Jemaah wanita yang turu berjemaah di surau ini
Ceramah agama disampaikan oleh Alfathil ustaz Syukri
Bilik sekolah Agama Taman Dato Hj Abdul Samad
inilah yang menjadi asrama penginapan kami
acara senaman dipimpin oleh salah seorang AJK
KRT Taman Intan Duyung
korban. Doa dibacakan dan diringi dengan laungan
kalimah Allahu akhbar
Makan minum disediakan dengan semangat gotong
royong oleh AJK KRT taman intang duyung dan isteri mereka
dipimpin umi Dr(H) Mahani
Alhamdulillah gembira sekali anak-anak Yaumi
dapat naik bot pisang, bot persiaran dan jet ski
hasil sumbangan seorang dermawan.
No comments:
Post a Comment