Rombongan kami bertolak dari Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi, Seremban seawal jam 7.30 pagi dan tiba di Hotel De Palma, Ampang dimana lokasi seminar tersebut diadakan pada jam 8.15 pagi. Program yang berlangsung selama 5 jam itu berjaya membuka minda para peserta tentang kelemahan diri, sikap negetif serta kesilapan teknik belajar yang membawa kepada kegagalan dalam pelajaran. Dr Niki Shuhada Shukor selaku pengendali seminar tersebut banyak menekankan rahsia potensi diri yang selama ini tersembunyi dan gagal dimenafaatkan oleh para pelajar. Manakala penampilan "Ikon Matematik Malaysia" Adi Putra telah menambah semangat para peserta untuk berjaya dalam pelajaran. Rata-rata peserta amat terpesona dengan kebolehan Adi Putra menyelesaikan masalah matematik dengan cepat dan tersendiri.
Setelah tamat seminar kira-kira pada jam 1.30 petang, peserta YAUMI solat zohor di surau hotel tersebut. Setelah selesai menjamu selera dengan bekalan nasi dan lauk yang dibawa kami terus menuju ke Zoo Negara. Para peserta kelihatan amat gembira dan teruja untuk masuk ke dalam zoo kerana ada diantara mereka tidak pernah masuk ke dalam zoo sebelum ini. Alhamdulillah pihak Zoo Negara telah memberi kebenaran kepada kami masuk ke dalam zoo tanpa bayaran setelah mendaftar sebagai Ahli Zoo Negara. Bayangkanlah kalau kena bayar tiket, jumlah bayaran kesemuanya mungkin mencecah RM500.00 dan sudah tentu ramai dari anak-anak YAUMI tidak akan dapat memasuki zoo kerana mereka tidak mampu membeli tiket.
Kami memasuki zoo agak lewat iaitu sekitar jam 4.30 petang. Disebabkan masa yang agak terhad kami tidak berkesempatan untuk melihat kesemua bahagian zoo tersebut. Walaubagaimanapun rata-rata peserta YAUMI merasa amat gembira dapat melihat bermacam jenis haiwan yang dipamerkan dalam Zoo Negara.
No comments:
Post a Comment