Setelah berhenti solat asar berjemaah di masjid Kg Tembun, Kuala Klawang, perjalanan diteruskan lagi dan tiba di perkarangan Hotel Sri Klawang pada jam 6.00 petang. Ketibaan kami disambut oleh pengarah urusan Hotel Sri Klawang iaitu encik Shaiful Bahri Dato' Saidin serta kaki-tangan hotel.
Sementara menunggu waktu berbuka puasa, majlis diisi dengan membaca yasin dan tahlil dibawah pimpinan ustaz Rashid.Setelah tiba waktu berbuka para peserta rombongan YAUMI beratur dengan tertib untuk mengambil juadah berbuka. Keceriaan dan kegembiraan jelas terserlah diwajah anak-anak yatim/miskin bila sesekali dapat menikmati juadah yang lazat.
Majlis diteruskan dengan solat maghrib berjemaah. Begitu cepat masa berlalu, azan dialunkan oleh salah seorang pelajar tahfiz An Najihah menandakan masuknya waktu solat Isyak. Solat Isyak dan terawih serta witir telah dipimpin oleh ustaz Salman dari maahad tahfiz An Najihah. Sebelum rombongan berangkat balik pihak pengurusan hotel serta Dr Norman Mohd Norawi dari Melaka telah sudi menyampaikan cendera hati kepada peserta YAUMI.
Solat terawih bersama-sama tetamu dan kaki-tangan hotel diimamkan oleh ustaz Salman dari Maahad Tahfiz An Najihah
Dr Norman Mohd Norawi dari Melaka menyampaikan cenderahati kepada anak yatim dan miskin yang ikut serta
Encik Shaiful Bahri Dato' Saidin selaku pengarah urusan hotel menyampaikan cenderahati kepada peserta
Pihak YAUMI mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak hotel yang sudi meraikan anak-anak yatim dan miskin serta ibu tunggal ke majlis berbuka puasa. Kami amat mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin menjemput kami ke majlis berbuka puasa serta majlis hari raya aidil fitri.
Semoga dengan niat kita mengembirakan mereka dibulan yang mulia ini akan dibalas Allah dengan balasan syurga di akhirat kelak.
Semoga dengan niat kita mengembirakan mereka dibulan yang mulia ini akan dibalas Allah dengan balasan syurga di akhirat kelak.
Alhamdulillah semoga diberkati Allah dunia dan akhirat.
ReplyDelete