Tuesday, August 20, 2013

Program Korban Iedul Adha di Taman Intan Duyung, Port Dickson

Pada hari raya haji 1433 Hijrah yang lalu pihak Yaumi telah mengadakan majlis korban lembu dengan  kerjasama pihak KRT Taman Intan Duyung, Port Dickson. Kami bertolak dari Paroi pada jam 4.30 pm pada hari raya haji yang pertama. Kedatangan kami telah disambut oleh Pak Din iaitu salah seorang AJK KRT Taman tersebut. Kami ditempatkan di Sekolah Agama Taman Dato Abd Samad dimana pihak KRT Taman telah menyediakan tempat penginapan untuk kami semua manakala tempat makan adalah diruangan makan surau Taman Dato Abd Samad. Oleh kerana Taman Intan Duyung masih tidak mempunyai surau dan terletak bersebelahan dengan Taman Dato abd Samad maka untuk aktiviti Solat berjemaah penduduk menumpang di surau tersebut.

Setelah solat maghrib kami mengikuti ceramah agama yang disampaikan oleh al fadhil ustaz syukri dimana beliau telah menyampaikan ceramah berkenaan pengobanan nabi Ibrahim dan anak baginda nabi Ismail. Setelah solat Isyak suatu majlis taaruf ringkas telah diadakan dimana pihak KRT Taman Intan duyung telah memperkenalkan barisan ajk dan menerangkan aktiviti yang telah diadakan. Manakala pihak Yaumi diwakili oleh Dr(H) Mahani. Esoknya setelah solat subuh kami mengadakan riadah untuk mengelakkan dari anak-anak Yaumi tidur. Seterusnya setelah sarapan yang disediakan oleh penduduk Taman tersebut maka bermulakan program korban dimana seekor lembu yang diamanahkan oleh para dermawan kepada Yaumi. Sementara menunggu penduduk melapah dan memasak daging korban anak-anak Yaumi telah membuat program "tunjuk bakat anda" serta pertandingan nasyid disurau.

Setelah makan tengah hari maka berakhirlan program bersama penduduk Taman intan duyung. Untuk menggembirakan hati anak-anak Yaumi, pak din telah bermurah hati menaja segala permainan ketika kami mandi dipantai Batu 4 Port Dickson. Amat terserlah kegembiraan diwajah anak-anak yaumi dapat naik bot, jet ski, bot pisang dan pelampung ketika mandi-manda dipantai tersebut.




 
Balairaya Taman Intan Duyung, Port Dickson



 

Sesi taaruf bersama AJK KRT Taman Intan
Duyung, AJK Yaumi dan penduduk setempat

 
Anak-anak Yaumi bersolat jemaah maghrib bersama
penduduk tempatan



 

Jemaah wanita yang turu berjemaah di surau ini

 

Ceramah agama disampaikan oleh Alfathil ustaz Syukri



 
Bilik sekolah Agama Taman Dato Hj Abdul Samad
inilah yang menjadi asrama penginapan kami



 

acara senaman dipimpin oleh salah seorang AJK
KRT Taman Intan Duyung





korban. Doa dibacakan dan diringi dengan laungan
kalimah Allahu akhbar


                                  Makan minum disediakan dengan semangat gotong
                          royong oleh AJK KRT taman intang duyung dan isteri mereka










                                       Anak-anak Yaumi mempersebahkan nasyid sambil
                                                      dipimpin umi Dr(H) Mahani




                                      Alhamdulillah gembira sekali anak-anak Yaumi
                                      dapat naik bot pisang, bot persiaran dan jet ski
                                            hasil sumbangan seorang dermawan.


Sunday, June 9, 2013

Kem Motivasi Remaja "Indahnya Islam" Di Masjid Al Muhsinin, Kuala Lumpur



 Pada 16 - 18 November 2012 yang lalu,pihak Yaumi telah menghantar seramai 20 anak-anak Yaumi yang terdiri dari 12 pelajar perempuan dan 8 pelajar lelaki untuk mengikuti program motivasi tersebut. Kem motivasi ini telah dianjurkan oleh Sekretariat Pelajar Persatuan Ulama Islam Cawangan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan(JAWI) dan juga AJK Masjid Al Muhsinin, Taman Desa, Kuala Lumpur. Kami bertolak dari Paroi menaiki bas rombongan pada jam 4.00 pm dan tiba di Masjid Al Muhsnin pada jam 5.30 pm. sejurus tiba anak-anak Yaumi terus mendaftarkan diri. setelah solat maghrib program pun bermula . Tujuan kem ini diadakan ialah untuk memberi kesedaran kepada para pelajar khususnya peringkat remaja akan pentingnya ilmu Islam itu dipelajari dan dihayati dan dipraktikkan didalam kehidupan seharian.



 Peserta tiba dan mendaftar


Kakak dan abang Faci memulakan sesi taaruf


  Mengajak para peserta mencari idea dan meluahkan pendapat
                                                          

Peserta lelaki diajak berfikir dan berbincang

Makanan dan minuman yang disediakan semuanya sedap-sedap belaka
                                             

Usai solat subuh dan tazkirah peserta melakukan senaman




Seorang pakar motivasi undangan memberi ceramah

    Para peserta mempersembahkan nasyid

Ucapan penutup dari salah seorang kakitangan MAIWP


Dr(H)  Mahani menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih

Mengabadikan kenangan bersama kakak faci yang baik hati


Umi juga mengambil kesempatan untuk bergambar



Anak-anak yaumi begitu gembira sekali apabila dapat berekreasi dan
mandi-manda di Desa Water Park hasil sumbangan seorang dermawan.













                               














                        





                                                 





                                                

                                     


















 













Monday, November 12, 2012

Berhari Raya Di Rumah Terbuka Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib di Putrajaya

Setelah sebulan berpuasa dibulan ramadhan yang mulia, siangnya menahan lapar dan dahaga, menjaga mulut, mata dan telinga, malamnya pula dihidupkan dengan solat terawih, solat witir, bertahajud dan bangun sahur maka kini tibalah pula hari yang bahagia, hari untuk bergembira menyambut 1 syawal yakni hari raya aidil fitri. Alhamdulillah tahun ini ada syarikat korporat iaitu Axiata Group Berhad telah bermurah hati memberi sumbangan kepada pihak Yaumi untuk membeli pakaian hari raya. Pihak Yaumi telah membeli 50 pasang baju raya untuk putera dan putera Yaumi, 10 pasang jubah raya ibu tunggal dan 3 orang warga emas serta 7 pasang baju raya untuk sukarelawan Yaumi. Disamping itu ada juga individu tertentu yang memberi sumbangan sempena bulan ramadhan ini.

Kebiasaannya bila tiba hari raya orang ramai akan berduyun-duyun pulang kekampung halaman  untuk menyambut hari lebaran bersama kaum keluarga masing-masing. Namun tidak semua yang bernasib baik seperti kebanyakkan orang, ada juga yang tidak dapat pulang kekampung walaupun hati meronta-ronta untuk pulang dek kerana kemiskinan. Perbelanjaan pulang kekampung bukannya sedikit maka ada yang memilih untuk tinggal dirumah sahaja menyambut hari raya bersama orang-orang yang senasib dengan mereka yang tidak dapat pulang beraya di kampung. Untuk menghiburkan  mereka ini pihak Yaumi telah mengadakan rombongan berhari raya di rumah terbuka YAB Perdana Menteri di Putrajaya.

Rombongan kami menaiki bas sewa khas menuju ke Putrajaya pada jam 10.30 pagi dan tiba di perkarangan kediaman rasmi PM sejam kemudian. Kami terus memasuki barisan untuk bersalaman dengan PM, setelah hampir sejam berasak-asak dibawah khemah yang sesak dan panas namun kami tidak bernasib baik kerana dimasa itu PM sedang mengadakan sidang video dengan rakyat malaysia yang berada di luar negara. Melihatkan putera-puteri Yaumi yang masih kecil dalam kepenatan dan dahaga maka kami mengambil keputusan untuk terus sahaja ke khemah jamuan. Sambil menikmati pelbagai juadah makanan dan minuman yang disediakan kami juga dihiburkan dengan persembahan artis-artis tempatan. Setelah puas menjamu selera dan berhibur maka kami pun bergerak pulang. Kami sempat menunaikan solat zohor di masjid Putra, Putrajaya.


Kami tiba di perkarangan rumah YAB Perdana Menteri

Berbaris panjang dan bersesak-sesak semata-mata mahu jumpa dan salam PM

Penat berbaris, jom kita pergi makan!

Teruja dapat tengok artis pujaan buat persembahan live dari dekat

Bersama PM, Datin Rosmah, Tun Mahathir, Tun Siti Hasmah
dan  para menterikabinet menyanyikan lagu Selamat Hari Raya


Sebahagian dari artis yang menghiburkan tetamu di di rumah terbuka PM

Dah kenyang dan dapat cendera hati....apa lagi senyum meleretlah anak Yaumi


DR(H) Ruslan memberi sedikit duit raya

Umi memberi duit raya sambil mengingatkan anak Yaumi agar
mereka menabung dan tidak boros berbelanja

Friday, November 9, 2012

Rumah Terbuka Aidil Fitri Yaumi

Alhamdulillah dengan izin Allah swt jua pada 23 September 2012 pihak Yaumi telah mengadakan majlis hari terbuka aidil fitri. Tujuan majlis ini diadakan ialah untuk mengiratkan perpaduan sesama sukarelawan Yaumi, ibu bapa anak-anak Yaumi dan juga sesama putera-puteri Yaumi. Kali terakhir Yaumi mengadakan rumah terbuka ialah pada tahun 2009. Selepas itu disebabkan kekurangan kewangan tiada lagi majlis seperti ini dapat diadakan.

Bersyukur kepada Allah swt kerana pada raya tahun ini ada dermawan yang sudi menghulurkan sumbangan dua ekor kambing. Seekor dibuat lauk kuzi kambing manakala seekor lagi dibuat kambing bakar. Menu lain ialah ayam goreng sambal, meehun, sayur kobis, nasi putih dan nasi minyak. Manakala kuih muih dibawa dari rumah masing-masing. Penyediaan makanan dibuat secara bergotong-royong. Kami berterima kasih kepada Mak Nani yang sudi meminjamkan peralatan memasak dan menjadikan rumah beliau sebagai tempat memasak.

Majlis bermula pada jam 11.30 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. Seramai 200 orang tetamu telah hadir memeriahkan rumah terbuka ini. Antara tetamu yang hadir ialan YB Mohd Taufek Ghani Adun Paroi. Kami Yaumi sebagai NGO yang mengamalkan sikap neutral dalam hal-hal politik. Sesiapa saja boleh hadir samada dari pihak kerajaaan maupun dari pihak pembangkang. Tujuan kami jelas iaitu untuk membantu orang-orang miskin, anak yatim miskin, ibu-ibu tunggal, warga emas serta OKU yang memerlukan bantuan tanpa mengira warna politik maupun bangsa keturunan.


Para tetamu sedang menikmati jamuan yang disediakan

Antara menu yang disediakan, kuzi kambing,ayam sambal, meehun dll

Menu istimewa yang menjadi rebutan....kambing bakar! Sekejap je dah tinggal tulang.

Umi sibuk melayan para tetamu menjamu selera

Semangat bergotong royong dan bertolong bantu sentiasa disemai kepada anak-anak Yaumi

Antara cenderahati yang disumbangkan oleh para dermawan





Anak-anak Yaumi sedang mendendangkan nasyid


Bertanya kabar YB Taufek dan pembantunya saudara Hassan


Bergambar kenangan bersama YB Taufek Adun Paroi


Wednesday, November 7, 2012

Majlis Berbuka Puasa Bersama Penduduk Taman Tasik Jaya Dan Sumbangan Naskhah Al Quraan

Pada 15 Ogos 2012 yang lalu pihak Yaumi telah dijemput untuk berbuka puasa bersama-sama penduduk Taman Tasik Jaya, Seremban, Negeri Sembilan. Majlis telah diadakan di surau Tmn Tasik Jaya. Disamping majlis berbuka puasa pihak ajk surau juga telah mengadakan majlis khatam alquran dan mengagihkan naskhah alquran kepada penduduk miskin dan pelajar. Rombongan kami seramai 50 orang tiba dengan menaiki  bas sewa khas di perkarangan surau berkenaan pada jam 6.00 petang.
Program bermula dengan bacaan tahlil dan diikuti dengan berbuka puasa.

Setelah selesai solat maghrib berjemaah, acara khatam alquran yang dipimpin oleh tuan imam surau tersebut bermula. Anak-anak Yaumi turut mengambil bahagian membaca alquran secara beramai-ramai. Setelah solat Isyak dan berterawih, acara mengagihkan naskah alquran telah dilakukan oleh pengerusi surau. Pihak Yaumi telah menerima sebanyak 280 naskhah alquran pada malam tersebut dan telahpun diedarkan kepada orang ramai yang memerlukannya. Diakhir majlis anak-anak Yaumi telah mempersembahkan beberapa buah nasyid untuk menghiburkan para hadirin. Program tamat pada jam 10.30 malam dan pihak Ajk surau berhasrat untuk menjemput lagi pihak Yaumi pada program-program anjuran surau berkenaan pada masa akan datang.


Rombongan Yaumi tiba di Surau Taman Tasik Jaya, Seremban



Salah seorang wargaemas Yaumi yang ikut serta

Mengambil juadah untuk berbuka puasa

Anak-anak Yaumi menikmati hidangan buka puasa

Solat Maghrib berjemaah bersama ahli khariah surau

Majlis khatam alquran dipimpim oleh tuan imam surau


Kaum ibu turut sama mengambil bahagian khatam alquran

 Acara menyampaikan sumbangan duit raya dan naskhah alquran

Anak-anak Yaumi mempersembah nasyid