Saturday, August 22, 2009

Majlis Berbuka Puasa Dan Solat Terawih Di Hotel Sri Klawang

Pada 22 Ogos 2009, pihak YAUMI telah diundang ke majlis berbuka puasa dan bersolat terawih di Hotel Sri Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan. Rombongan kami seramai 88 orang terdiri dari anak yatim, anak asnaf, ibu tunggal serta para sukarelawan YAUMI telah bertolak dari Pangsapuri Rakyat Seri Perdana,Paroi pada jam 4.30 petang. Rombongan kami kali ini datang dari berbagai tempat iaitu dari Rembau, Bayu Lake Mantin, pelajar tahfiz kuartez KLIA serta sekitar Seremban.

Setelah berhenti solat asar berjemaah di masjid Kg Tembun, Kuala Klawang, perjalan
an diteruskan lagi dan tiba di perkarangan Hotel Sri Klawang pada jam 6.00 petang. Ketibaan kami disambut oleh pengarah urusan Hotel Sri Klawang iaitu encik Shaiful Bahri Dato' Saidin serta kaki-tangan hotel.


Peserta YAUMI membaca surah yasin dan tahlil dipimpin oleh ustaz Rashid dari Seremban

Sementara menunggu waktu berbuka puasa, majlis diisi dengan membaca yasin dan tahlil dibawah pimpinan ustaz Rashid.Setelah tiba waktu berbuka para peserta rombongan YAUMI beratur dengan tertib untuk mengambil juadah berbuka. Keceriaan dan kegembiraan jelas terserlah diwajah anak-anak yatim/miskin bila sesekali dapat menikmati juadah yang lazat.


Anak yatim dan ibu tunggal kelihatan ceria menikmati hidangan berbuka puasa

Majlis diteruskan dengan solat maghrib berjemaah. Begitu cepat masa berlalu, azan dialunkan oleh salah seorang pelajar tahfiz An Najihah menandakan masuknya waktu solat Isyak. Solat Isyak dan terawih serta witir telah dipimpin oleh ustaz Salman dari maahad tahfiz An Najihah. Sebelum rombongan berangkat balik pihak pengurusan hotel serta Dr Norman Mohd Norawi dari Melaka telah sudi menyampaikan cendera hati kepada peserta YAUMI.


Solat terawih bersama-sama tetamu dan kaki-tangan hotel diimamkan oleh ustaz Salman dari Maahad Tahfiz An Najihah


Dr Norman Mohd Norawi dari Melaka menyampaikan cenderahati kepada anak yatim dan miskin yang ikut serta

Encik Shaiful Bahri Dato' Saidin selaku pengarah urusan hotel menyampaikan cenderahati kepada peserta

Pihak YAUMI mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak hotel yang sudi meraikan anak-anak yatim dan miskin serta ibu tunggal ke majlis berbuka puasa. Kami amat mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin menjemput kami ke majlis berbuka puasa serta majlis hari raya aidil fitri.
Semoga dengan niat kita mengembirakan mereka dibulan yang mulia ini akan dibalas Allah dengan balasan syurga di akhirat kelak.