Monday, May 25, 2009

Menghadiri Majlis Hari Raya Anjuran Umno Bandar Seremban Pada 31/10/08





Pada 31 Oktober 2008, Yaumi telah diundang untuk memeriahkan jamuan hari raya dan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal yang dianjurkan oleh pihak Umno cawangan bandar Seremban. Pihak yaumi telah menghantar seramai 15 orang anak yatim, 10 orang anak asnaf  dan 8 orang ibu tunggal menghadiri majlis tersebut.

Selain Yaumi, turut diraikan juga anak-anak yatim dari pertubuhan lain di sekitar daerah Seremban. Majlis yang berlangsung di dewan MPS, Seremban itu bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang. Anak-anak yatim kelihatan ceria setelah menikmati jamuan yang lazat serta menerima hadiah cenderahati dari pihak penganjur.

Saturday, May 23, 2009

Bengkel Keusahawanan "Tip & Trick" Usahawan Berjaya, Di Kuantan Pada 23-24 Disember 2008


Tujuan bengkel ini diadakan ialah ntuk mendedahkan peserta mengenai ilmu pengurusan perniagaan dan keusahawanan khususnya di sektor pembuatan makanan. Peserta terdiri dari 10 orang ibu tunggal, 23 orang anak-anak yatim dan 15 orang anak-anak asnaf yang mewakili keluarga masing-masing.



Pada awalnya bengkel ini dirancang diadakan di salah satu dewan kuliah Universiti Malaysia Pahang tetapi disebabkan masalah teknikal ianya telah di pindahkan ke dewan PASTI As Saadah, Kg Razali, Bt 4, Jalan Gambang, Kuantan.

Rombongan bertolak dari perkarangan Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi pada jam 12.30am dan tiba di Kuantan lebih kurang jam 5.00am. Setelah selesai solat subuh berjemaah di masjid Kg Paya Lebar.



Program bermula pada jam 9.00 pagi. Puan Mahsuri dari Perusahaan Azan Sdn Bhd,(Tuan punya Roti Azan) Kuala Pilah telah menyampaikan kuliah mengenai selok-belok pengurusan dalam perniagaan. Berhenti makan tengahari dan solat zohor pada jam 12.30pm. Kuliah disambung lagi sehingga jam 5.00pm.



Pada malamnya kami telah menginap di sebuah asrama di Taman Indera Mahkota Kuantan. Besoknya pada 9.00 pagi puan Mahsuri menyampaikan kuliah mengenai dana yang disediakan oleh pihak kerajaan kepada usahawan. Kuliah yang disampaikan menggunakan pendekatan multimedia sungguh mudah difahami.

Kursus tamat jam 12.30 pm, kami menaiki bas untuk pulang ke Seremban. Disepanjang perjalanan(dalam bas) diisi dengan tarbiyah oleh Dr(H) Mahani sambil diselang-seli dengan alunan nasyid dan selawat. Pihak YAUMI merakamkan ribuan terima kepada Prof Madya Wan Maseri dari UMP, Kuantan(yang juga selaku pengurus 3i Training & Consultant) yang sudi menyumbang makan-minum dan penginapan peserta.

Saturday, May 16, 2009

Majlil tahlil, doa selamat dan solat hajat pada 7/11/08





Pada 7 hb November 2008 Seramai 50 orang anak Yatim dan ibu tunggal YAUMI telah di raikan oleh Ym Tengku Haslina Tengku Harun dalam majlis Hari Raya dan solat Hajat di bawah pimpinan Ustaz remaja Zulnun Al Masri dari Nilai.

Majlis tersebut telah diadakan di ruang legar tingkat atas Kompleks Bazaar MAINS, Seremban. Disamping itu juga anak-anak yatim dan miskin telah diraikan dengan pemberian sedikit cendera mata hasil sumbangan orang ramai kepada YAUMI.


Aktiviti-aktiviti yang telah diadakan...

18 hb Sept 2008 

Seramai 40 orang anak yatim dan ibu tunggal YAUMI di raikan dalam majlis berbuka puasa anjuran Kastam dan Eksais Diraja Negeri Sembilan di Perkampungan Kastam Port Dickson.

19 hb Sept 2008 

YAUMI telah menerima sumbangan 1 tan beras dari Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia untuk anak yatim dan ibu tunggal (YAUMI). Sumbangan tersebut telah diagih-agihkan kepada anak-anak yatim yang tinggal di Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Paroi serta anak-anak yatim yang tinggal di Seremban 2.


Sejarah Penubuhan YAUMI

Setelah bertahun lamanya Umi dan kawan-kawan sukarelawan memberi khidmat masyarakat di merata tempat di Malaysia dan di Luar Negara secara sukarela maka sampai masanya kita menubuhkan satu badan untuk dapat menghimpunkan tenaga sukarelawan dalam satu organisasi yang tersusun agar kita dapat meneruskan khidmat masyarakat dengan lebih berkesan.

Untuk itu pada 19 hb September 2008, jam 10 pagi, seramai 50 orang terdiri dari ibu tunggal/balu/warga emas dan anak-anak yatim telah bermesyuarat untuk menubuhkan sebuah organisasi yang kemudiannya telah dinamakan sebagai Yayasan Kebajikan Anak Fakir Miskin, Ibu Tunggal Dan Wargaemas UMI (YAUMI). Bertempat di Kelas KEMAS Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi 70400 Seremban, Negeri Sembilan Darul khusus.

Mesyuarat kali pertama telah dirasmikan oleh Puan Hjh Norsah bt Hj Siman iaitu isteri kepada Tuan Pengarah Kastam Diraja Malaysia Negeri Sembilan Darul Khusus. Beliau yang telah berpengalaman menjalankan khidmat masyarakat di kalangan stafnya yang ramai di quarters kediaman dan penduduk setempat. Dalam mesyuarat tersebut Dr(H) Mahani Bt Mohamad Noor atau lebih dikenali sebagai Pn Umi telah dilantik selaku Pengerusi dan Puan Hjh Norsah Selaku Penasihat.

Monday, May 11, 2009

Perjalanan Para Muhibbeen Ke Seluruh Nusantara 1


Pada 22 April 2009 YAUMI telah menghadiri majlis Maulidul Rasul di Masjid Ba'alwi, Singapura.
Rombongan terdiri dari para ibu tunggal, anak-anak yatim dari Bayu Lake Home Mantin serta para sukarelawan YAUMI seramai 80 orang.

Rombongan menaiki dua buah bas, bertolak dari Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Paroi, Seremban pada jam 11.30 malam. Tiba di Skudai jam 5.00 pagi. Setelah bersarapan terus ke Singapura. Rombongan telah berhenti solat di Masjid Hj Muhammad Salleh yang juga menempatkan makam Habib Noh.

Tiba di Masjid Ba'alawi jam 5.00 pm. Majlis maulidul rasul tersebut telah berjalan lancar dan tamat sekitar jam 9.30 pm. Rombongan terus bertolak balik ke Seremban.